fbpx

Bapa lelong jam Rolex untuk rawatan anak sakit leukemia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jam tangan jenama Rolex yang ingin dijual oleh seorang lelaki bagi mendapat dana rawatan anaknya yang menghidapi penyakit Luekemia.

PETALING JAYA – Pepatah Melayu ‘kasih bapa sampai ke syurga’ mungkin sesuai bagi menggambarkan situasi yang sedang dilalui oleh seorang lelaki bergelar bapa bernama Abu Ali.

Melalui satu hantaran di laman sosial X, lelaki tersebut sanggup menjualkan jam berjenama mewah miliknya untuk merawat anak perempuannya yang mempunyai masalah kesihatan.

“Mohon sebarkan. Saya nak jual jam saya RM50,000.

“Hasil jualan ini akan digunakan untuk rawatan anak perempuan saya Amal yang sedang menjalani rawatan penyakit leukemia.

“Jika ada sesiapa ingin membeli sambil menyumbang sangat dialu-alukan,” tulis lelaki tersebut.

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dengan berharap ada individu yang dapat membeli jam berjenama Rolex tersebut bagi menampung kos rawatan anak lelaki terbabit.

“Saya harap sangat ada individu yang membeli jam itu, saya nak menolong tak mampu dengan harga jam berjenama (Rolex) itu,” kata Asyraf Khalid.

“Seorang bapa yang bertanggungjawab, saya faham situasi saudara ini. Dulu saya pernah alami benda (situasi) sama sehingga sanggup jual motosikal kesayangan demi anak tercinta.

“Apa-apa berlaku kita sebagai ayah tetap akan membela dan menjaga keluarga,” sokong Izzman Hafiz. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI