fbpx

Banjir: Kulai dan Pontian pula terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN banjir di sekitar kawasan Masai, Pasir Gudang, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Keadaan banjir di negeri ini semakin buruk apabila dua lagi daerah terjejas banjir iaitu Kulai dan Pontian selepas Johor Bahru yang dilaporkan banjir semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, setakat 8 pagi ini, sebanyak 10 PPS sudah dibuka dengan enam di Johor Bahru serta masing-masing dua di Kulai dan Pontian.

Beliau berkata, setakat ini, seramai 893 mangsa terdiri daripada 257 keluarga ditempatkan di semua PPS yang dibuka.

“Johor Bahru setakat ini yang teruk terjejas dengan 567 mangsa daripada 165 keluarga dipindahkan ke PPS, diikuti Kulai dengan merekodkan 269 mangsa daripada 76 keluarga.

“Pontian pula mencatatkan jumlah 57 mangsa daripada 16 keluarga yang juga penduduk Kampung Paya Embun, Kampung Pak Karib, Kampung Melayu Raya, Kampung Seri Meranti dan Kampung Parit Sikom yang kini dipindahkan ke PPS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, data Jabatan Meteorologi masih tidak mengeluarkan sebarang amaran ribut petir bagi negeri ini, namun masih dengan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di enam daerah di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI