PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan melakukan tinjauan mesra bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sekitar ibu negara, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka dalam suasana penuh mesra bersama Perdana Menteri berjalan kaki menyusuri Jalan Bukit Bintang.
“Terdahulu, Seri Paduka berkenan menerima mengadap Perdana Menteri untuk mesyuarat mingguan,” tulis hantaran tersebut.
Melalui hantaran tersebut, beberapa keping foto Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri melakukan rondaan bersama di bandaraya Kuala Lumpur turut dikongsi. – KOSMO! ONLINE.