fbpx

Adik Zayn Rayyan terus dijaga nenek, datuk saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismanira ketika mendukung anak bongsunya yang berusia 6 tahun itu selepas prosiding di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Hak jagaan sementara adik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin dilanjutkan dua bulan lagi kepada datuk dan nenek saudaranya.

Ia merupakan kali keempat perintah jagaan kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun berkenaan diberikan kepada mereka.

Keputusan dibuat Majistret Ameera Mastura Khamis selepas proses rundingan antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan peguam ibu bapa kanak-kanak itu.

Ia juga bagi memberikan tempoh kepada JKM dalam penilaian bagi menentukan hak jagaan sepenuhnya atasnya.

Pada prosiding itu, sebanyak 20 syarat turut dipersetujui kedua-dua pihak yang antaranya Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf dibenarkan melawat 24 jam seminggu berbanding 48 jam.

Selain itu, bantuan jagaan dinaikkan kepada RM350 daripada RM150 kepada penjaga sementara kanak-kanak itu.

Pada prosiding itu, Peguam Persekutuan Nur Ezzah dan Nurul Aida Mat Rifin mewakili JKM dengan tarikh sebutan semula hak berkenaan ditetapkan pada 16 Mei depan.

Sementara itu, Peguam Lavanesh Haresh Mahadevan ketika ditemui di luar mahkamah memaklumkan sepatutnya hari ini adalah prosiding permohonan untuk mendapatkan perintah agar JKM menyerahkan kembali kanak-kanak berkenaan kepada keluarga atau nenek atau datuknya.

“Ini disebabkan kanak-kanak terbabit juga adalah autistik yang memerlukan seseorang yang rapat dan dibesarkan oleh individu terlibat.

“Namun, JKM membuat permohonan (pengesyoran) untuk meletakkan kanak-kanak tersebut di rumah selamat sebelum dibantah pihak kami,” katanya.

Bagaimanapun, jelasnya, kedua-dua pihak mencapai kesepakatan agar datuk dan nenek saudaranya terus menjaga kanak-kanak itu dan penilaian akan dibuat dalam tempoh dua bulan sama ada kedua-dua individu itu layak untuk terus menjaganya.

“Laporan penilaian akan dihantar JKM kepada mahkamah. Terdapat tiga keberangkalian akan terjadi sama ada kanak-kanak itu diserahkan kepada pasangan ibu bapa atau terus dijaga datuk dan nenek saudaranya atau senario terburuk diletakkan di rumah selamat JKM, ” katanya.

Terdahulu, Zaim Ikhwan dan Ismanira yang masing-masing berusia 30 tahun didakwa secara bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Prosiding perbicaraan terhadap kes tersebut berlangsung di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI