PETALING JAYA – Seorang anggota polis trafik mendapat perhatian ramai selepas aksinya dilihat berdiri di atas sebuah lori membantu memastikan kabel tidak menghalang laluan kenderaan.
Menerusi video dikongsi @Erywahab di TikTok, dia turut berseloroh ingin melakukan aksi seperti adiwira ‘Trafficman’ yang membetulkan kabel yang berselirat.
Tindakan pantasnya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bukan sahaja memuji keberaniannya tetapi turut mengingatkan tentang keselamatan diri.
“Abang telah selamatkan nyawa pengguna jalan raya lain, terutama rider. Sebab wayar ini, nyawa boleh melayang,” kata @Rizuwanrosly.
“Tahniah kerana membantu, tapi fikirkan keselamatan diri juga. Wayar macam itu jangan pandang rendah, pakai sarung tangan untuk langkah berjaga-jaga,” komen @Faizalmacam2.
Sementara itu, ada yang berpendapat keberanian anggota polis trafik itu layak diketengahkan dalam dunia lakonan.
“Aksi yang mendebarkan. ‘Production’ boleh serap masuk abang ini jadi pelakon aksi,” ujar @Ridzuan_rafika.
Kejadian ini membuktikan bahawa tugas pegawai polis trafik bukan sekadar mengawal lalu lintas, malah mereka juga sentiasa bersedia menghadapi situasi luar jangka demi keselamatan pengguna jalan raya. – KOSMO! ONLINE
@erywahab Memperkenalkan Adiwira MARVEL terbaru iaitu Trafficman 😅, cakap je tugas ape yang Polis Trafik xboleh buat. Terima kasih kepada semua yang terlibat kerana membantu dan memberi bekerjasama. #Trafikserbaboleh #abamserbaboleh #marvel #superhero ♬ Marvel Studios Fanfare – Geek Music