fbpx

Tukang sapu berwajah model jadi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEEN menjadi penyapu jalanan di Bangkok. - Foto @semyonrezchikov on TikTok

BANGKOK – Seorang tukang sapu di Bangkok menjadi sensasi internet selepas gambarnya dirakam oleh jurugambar jalanan dari Russia, Semyon Rezchikov, lapor portal berita MS News kelmarin.

Rezchikov menyiarkan klip video pertemuannya dengan gadis tersebut di platform TikTok lewat minggu lalu yang kemudian mendapat 2.1 juta tontonan.

Dalam video itu, Rezchikov merakam beberapa keping gambar kandid gadis tersebut ketika dia tekun melakukan pekerjaannya.

Bahagian komen video itu dibanjiri dengan pujian daripada pengguna media sosial yang terpegun dengan kecantikan tukang sapu tersebut yang dikenali sebagai Meen.

Sebilangan netizen menulis bahawa gadis itu sepatutnya menjadi model, malah ada yang meragui sekiranya dia benar-benar seorang penyapu jalanan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI