fbpx

Sang Garuda sedia gegar – Kluivert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INDONESIA (jersi putih) akan melonjak ke tangga kedua Kumpulan C jika menewaskan Australia esok. - AFP

JAKARTA – Presiden Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir optimis barisan kejurulatihan baharu diketuai Patrick Kluivert bakal tampil cemerlang pada debut pertama menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 bertemu Australia di Stadium Allianz, Sydney esok.

Sebagai rekod, PSSI membuat keputusan mengejut pada awal tahun ini selepas memecat pengendali kelahiran Korea Selatan, Shin Tae-yong dan digantikan dengan barisan kejurulatihan ‘acuan’ Belanda yang dipimpin oleh Kluivert.

Menurut Erick, persiapan pasukan kini berada dalam keadaan sempurna dengan semua pemain telah berkumpul di Sydney sejak semalam termasuk bintang-bintang berdarah kacukan yang berpangkalan di Eropah.

“Persiapan pasukan sudah berada pada tahap maksimum kerana pemain yang berpangkalan di sini sudah berlepas ke Sydney lebih awal. Berdasarkan laporan saya terima, tiada kecederaan melibatkan pemain.

“Pemain-pemain dari Eropah pula akan datang terus ke Sydney selewatnya pada Selasa (semalam) dan apa yang merisaukan ketika ini adalah faktor kepenatan ekoran tempoh perjalanan panjang di dalam pesawat,” katanya.

Sementara itu, Erick turut mengesahkan hanya 23 pemain yang akan didaftarkan pada hari perlawanan di Stadium Allianz nanti meskipun Kluivert membawa keseluruhan 29 pemain dalam kem latihan kali ini.

Skuad Sang Garuda ketika ini memiliki peluang terbaik untuk memburu slot automatik ke Piala Dunia 2026 selepas menduduki tangga ketiga Kumpulan C dengan dibezakan satu mata berbanding Australia di tempat kedua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI