fbpx

Putin tolak gencatan senjata penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEMBAKAN mortar dilepaskan ke arah kedudukan askar Russia di Chasiv Dar, Ukraine, Ahad lalu. - AFP

MOSCOW – Presiden Russia, Vladimir Putin menolak gencatan senjata penuh di Ukraine dan hanya bersetuju untuk menghentikan serangan ke atas infrastruktur tenaga di negara berkenaan selama 30 hari, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam. 

Putin membuat keputusan itu semasa berbual bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melalui panggilan telefon.

Pemimpin Russia itu enggan menandatangani perjanjian gencatan senjata komprehensif selama sebulan yang dicadangkan oleh pasukan Trump baru-di Arab Saudi, baru-baru ini.

Beliau berkata, gencatan senjata menyeluruh hanya boleh dilakukan sekiranya bantuan ketenteraan asing dan perkongsian risikan dengan Ukraine ditamatkan. 

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky yang tiba di Helsinki, Finland untuk lawatan rasmi berkata, Kyiv terbuka kepada idea gencatan senjata meliputi infrastruktur tenaga.

Namun, beliau mahu butiran lanjut diberikan berhubung syarat perjanjian gencatan senjata berkaitan infrastruktur tenaga terlebih dahulu.

Beliau turut menuduh Putin menolak gencatan senjata susulan serangan dron Russia yang dilancarkan bertubi-tubi ke arah Ukraine selepas komen Putin dikeluarkan.

Antara lokasi yang menjadi sasaran ialah sebuah hospital di Sumy dan bekalan kuasa di Slovyansk.

“Malangnya, terdapat serangan, khususnya pada infrastruktur awam. Justeru, hari ini (kelmarin), Putin menolak cadangan untuk gencatan senjata penuh,” katanya di platform X. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI