fbpx

Penganggur minta RM20,000 konon boleh selesaikan kes polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOH YEW dituduh meminta wang rasuah sebanyak RM20,000 untuk menyelesaikan kes polis di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. Foto BAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan meminta rasuah berjumlah RM20,000 daripada seorang lelaki dengan mendakwa mampu menyelesaikan kes polis milik mangsa, dua tahun lalu.

Tertuduh, Lui Hoh Yew, 67, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, warga emas itu didakwa telah menipu seorang lelaki dengan meminta rasuah RM20,000 bagi menyelesaikan kes polis melibatkan mangsa yang berdepan dakwaan bawah Seksyen 29AA(1) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 11 malam hingga 12 tengah malam pada 28 Mei 2023 di rumah kediaman mangsa di Taman Mutiara Rini, Skudai, di sini.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebat, dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Alice Voon Mei Ling.

Mahkamah kemudian menetapkan jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin warga tempatan selain tarikh sebutan semula dan lantikan peguam ditetapkan pada 22 April depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI