fbpx

Pasangan muda dicekup berdua-duaan pada malam Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Banda Aceh. - Foto AFP

JAKARTA – Satu pasangan muda berusia dalam lingkungan 20-an ditangkap berdua-duaan di sebuah rumah di sekitar Syiah Kuala, Banda Aceh, tengah malam semalam, lapor laman berita Serambinews.

Seorang pegawai syariat Islam, Roslina A Djalil menjelaskan, seorang penduduk melaporkan perbuatan pasangan bukan mahram itu dengan menghubungi pusat aduan awam kelmarin.

Menurutnya, mereka didakwa berkhalwat di dalam rumah tersebut.

“Satu pasangan bukan mahram ditangkap di sebuah rumah di Syiah Kuala,” katanya.

Siasatan terperinci sedang dilakukan oleh pihak berkuasa. 

Setakat ini, seramai tiga pasangan ditangkap kerana disyaki berkhalwat sepanjang bulan Ramadan di Banda Aceh. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI