fbpx

[VIDEO] Pak cik tampar pemuda makan dituduh semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL RAZAK mangaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar seorang pemuda bukan Muslim di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini. Foto KHAIRUL MOHD ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Lelaki warga emas yang dilepas tanpa dibebaskan Mahkamah Majistret di sini pagi tadi kerana menampar seorang pemuda bukan Muslim mengaku tidak bersalah atas kesalahan itu dan mohon dibicarakan.

Orang kena saman (OKS), Abdul Razak Ismail membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pindaan dibacakan di hadapan Majistret A. Shaarmini dalam sesi prosiding mahkamah yang diadakan semula, petang tadi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, warga emas berusia 65 tahun itu didakwa telah dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada seorang pemuda di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah di sini pada pukul 6.15 petang, Ahad lalu.

Atas perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga setahun serta denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Afiqah Musa meminta PKS diberikan jaminan sebanyak RM8,0000, manakala peguam OKS, Mohd. Salleh Togimin memohon mahkamah memberikan jaminan rendah.

“OKS merupakan seorang pesara kerajaan dan menyara seorang isteri serta tiga orang anak dengan seorang daripadanya masih menuntut di universiti awam di Sabah.

“Oleh itu, saya mohon jaminan rendah dan tidak membebankan ahli keluarga kerana jaminan RM8,000 adalah satu jumlah yang melebihi untuk kesalahan seperti ini,” katanya.

Majistret kemudian menetapkan jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin warga tempatan, selain tarikh 29 April untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI