fbpx

Pak cik tampar pemuda bukan Muslim dilepaskan tanpa dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL RAZAK dibebaskan tanpa dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menampar pemuda bukan Muslim di kedai serbaneka di sebuah pusat beli-belah, Ahad lalu. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Mahkamah Majistret di sini hari ini melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) lelaki warga emas yang tular kerana menampar pemuda bukan Islam di kedai serbaneka di bandar raya ini  Ahad lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret A. Shaarmini selepas pihak pendakwaan ketika prosiding kes itu memaklumkan untuk mengklasifikasi kes tersebut sebagai DNAA kerana perlu dirujuk ke Ibu Pejabat Peguam Negara (AGC), Putrajaya.

Terdahulu, Abdul Razak Ismail, 65, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan bersalah, namun tidak mengakui fakta kes yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Sehubungan itu, Shaarmini menolak pengakuan bersalah warga emas itu dan memerintahkan OKS untuk melantik peguam bagi membela diri.

Bagaimanapun, sebelum tarikh lantikan peguam ditetapkan, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatihah Mohd. Nizam memaklumkan, pihaknya menerima arahan untuk merujuk kes tersebut kepada Ibu Pejabat AGC.

Majistret memutuskan kes itu sebagai DNAA dan OKS akan dituduh semula pada masa akan datang.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Abdul Razak didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas seorang pemuda di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah pada pukul 3.45 petang, Ahad lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI