JAKARTA – Masjid-masjid di sepanjang laluan pulang ke kampung di Indonesia disaran dibuka selama 24 jam sempena musim mudik lebaran (pulang beraya), lapor laman berita Detik hari ini.
Badan Kesejahteraan Masjid (BKM) membuat saranan itu supaya penduduk yang menaiki kenderaan untuk balik kampung dapat beristirahat di masjid.
“Masjid yang berada di laluan balik kampung disaran dibuka 24 jam.
“Berikan perkhidmatan terbaik bagi penduduk yang balik kampung seperti menyediakan tandas bersih, tempat rehat, minuman dan makanan,” kata Ketua BKM, Abu Rokhmad.
Arahan itu selaras dengan cadangan Menteri Agama, Nasaruddin Umar agar masjid di sepanjang laluan balik kampung dijadikan tempat rehat.
Katanya, ia adalah untuk mengurangkan kepadatan di kemudahan rehat yang lain. – AGENSI