fbpx

Lima individu didenda RM3,000 kemuka maklumat palsu daftar kelahiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAPA

PUTRAJAYA – Lima individu didenda masing-masing RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mengemukakan maklumat palsu ketika membuat pendaftaran kelahiran lima bayi di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.

Tertuduh, Tan Eek Ming, 44 bersama dua ahli perniagaan, Leong Hon Ming, 52, dan Khor Wooi Huat, 48, serta dua suri rumah, Beh Chui See, 31, dan R Nishanthi, 37, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Mahkamah turut memerintahkan kelima-lima tertuduh dipenjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda. Mereka membayar denda tersebut.

Mereka berlima didakwa dengan sengaja mengemukakan maklumat palsu semasa membuat Permohonan Pendaftaran Kelahiran menggunakan Borang Daftar Kelahiran (JPN.LM01).

Kesalahan dilakukan di Kaunter Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat JPN pada pukul 8 pagi hingga 5 petang, 26 Mei 2023 hingga 11 Oktober 2024.

Mengikut fakta kes, pegawai pendaftaran bersama sepasukan anggota penguat kuasa JPN Putrajaya menahan semua tertuduh di depan pintu masuk utama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shah Alam pada pukul 1.30 tengah hari, 16 Mac lalu.

Hasil siasatan mendapati, semua tertuduh dengan sengaja mengemukakan maklumat palsu semasa membuat permohonan kelahiran atas nama lima bayi sehingga terkeluar sijil lahir dengan nombor daftar.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang pegawai perubatan bergelar Datuk Seri antara 16 individu ditahan SPRM kerana disyaki terbabit sindiket pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara selain pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.

Difahamkan jumlah bayaran rasuah yang diterima sebanyak RM2,000 hingga RM6,000 bagi setiap kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI