fbpx

[KEMASKINI] Banjir Johor: Tiga PPS dibuka libatkan 68 mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memindahkan mangsa banjir di Kampung Laut, Skudai, Johor Bahru malam ini. - Foto IHSAN BOMBA

JOHOR BAHRU – Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di sekitar daerah ini ekoran kejadian banjir yang berlaku susulan hujan berterusan sejak pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, tiga PPS yang dibuka adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara, Dewan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Kampung Ulu Pandan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Kuang.

Beliau berkata, setakat ini terdapat 68 mangsa terdiri daripada 20 keluarga ditempatkan di PPS Dewan MBJB Kampung Ulu Pandan, manakala data bagi mangsa di dua lagi PPS sedang dikemas kini.

“Ketiga-tiga itu PPS dibuka pada sejak 9 malam tadi. PPS Dewan MBJB Kampung Ulu Pandan menempatkan penduduk terjejas dari Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Ulu Pandan dan Kampung Bunga Ros.

“PPS SK Bukit Mutiara pula menampatkan penduduk terjejas banjir dari Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Paya Kenangan dan Kampung Pasir Tebrau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata, setakat ini, hanya Johor Bahru sahaja daerah di negeri ini yang terjejas banjir.

Katanya, data Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan terdapat amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di enam daerah di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI