fbpx

Isu ‘double booking’, lelaki berang rempuh penyewa Airbnb

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEWBURY (kanan) memandu SUV dan melanggar sekumpulan lelaki. - Foto Wales News Service

LONDON – Seorang pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV)  di Cardiff merempuh sekumpulan individu, menyebabkan ada antara mereka melambung ke udara gara-gara berbalah tentang rumah penginapan Airbnb, lapor laman berita Metro UK semalam.

Johnathan Newbury, 33, memutuskan untuk merempuh mereka ekoran perbalahan mengenai tempahan berganda rumah penginapan tersebut.

Kejadian berlaku apabila dia mendapati bahawa dua penyewa lain, Abdalrhman Ali dan Ryan Jones berada di rumah penginapan itu kerana sudah menempah terlebih dahulu.

Newbury tiba bersama seorang rakannya, Elliot Fiteni dan pertengkaran tercetus dengan dua lelaki tersebut.

Dalam rakaman video itu, Abdalrhman dan Ryan dilanggar, manakala rakan-rakan mereka yang lain berjaya mengelak daripada dirempuh SUV tersebut.

Abdalrhman cedera kaki kanan dan pelvis, manakala Ryan tidak sedarkan diri serta cedera pada tulang rusuk, dada, perut dan rahangnya.

Newbury didapati bersalah menyebabkan kecederaan parah dengan niat dan hukumannya akan dijatuhkan pada 11 April ini di mahkamah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI