PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di Johor dan Sabah sehingga pukul 12 tengah hari.
MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan amaran itu dikeluarkan berikutan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa daerah sekitar dua negeri terbabit.
“Di Johor melibatkan daerah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Bagi negeri Sabah pula keadaan cuaca buruk dijangka melanda daerah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE