fbpx

Diumpan keuntungan RM700, pengurus syarikat rugi RM766,788.75

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Diumpan keuntungan pertama sebanyak RM700, akhirnya seorang pengurus syarikat mengalami kerugian sebanyak RM766,788.75 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan pelaburan emas tidak wujud dalam talian.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 6 Februari lalu apabila mangsa yang merupakan lelaki berumur 34 tahun berkenalan dengan seorang wanita di Facebook.

“Mangsa kemudian ditawarkan untuk menyertai pelaburan emas melalui sebuah laman web dengan janji keuntungan dalam tempoh singkat.

“Pada peringkat awal, mangsa telah melabur sebanyak RM5,000 dan menerima pulangan anggaran sebanyak RM5,700,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, dalam tempoh antara 12 Februari hingga 16 Mac lalu, mangsa telah membuat 37 transaksi ke lima akaun bank berbeza tetapi gagal mengeluarkan modal serta keuntungan dijanjikan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati sumber kerugian adalah daripada wang simpanan mangsa, pinjaman daripada ibu mangsa dan pinjaman bank. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI