fbpx

Cipta sejarah, rakyat Malaysia pertama juara Jelajah PBA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUN HAKIM mencipta sensasi apabila menjuarai Kejuaraan Chameleon PBA dengan kemenangan 269-227 pada final stepladder hari ini. - PBATOUR

PETALING JAYA – Sejarah tercipta di bumi Amerika Syarikat (AS) menerusi kejayaan Tun Hakim Tun Hasnul Azam muncul pemain boling pertama negara memenangi gelaran Jelajah Persatuan Pemain-Pemain Boling Profesional (PBA).

Kejayaan Tun Hakim, 26, itu diperoleh selepas menewaskan pemain AS, Kevin McCune dengan keputusan 269-227 pada final stepladder untuk merangkul Kejuaraan Chameleon PBA di Stadium Boling Kebangsaan, Reno, Nevada pagi tadi.

“Perasaan sekarang sangat menakjubkan apabila menjadi juara Jelajah PBA, lebih-lebih lagi ini adalah gelaran pertama saya.

“Terima kasih semua kerana sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada saya dan kejayaan ini buat anda semua,” kata Tun Hakim menerusi satu temu bual dalam laman Facebook Jelajah PBA.

Kejayaan Tun Hakim dilihat menebus kekecewaan seorang lagi pemain boling sensasi negara, Muhammad Rafiq Ismail yang terlepas peluang bergelar juara pertama Malaysia memenangi Jelajah PBA pada Ahad lalu.

Ia selepas Rafiq muncul naib juara Kejuaraan Scorpion PBA selepas tewas 117-224 kepada lawan dari Sweden, Rasmus Edvall. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI