fbpx

Cadang wujud seksyen baharu kekang jenayah lebih berkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli ketika bercakap pada sidang akhbar di Menara KPJ, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mencadangkan untuk mewujudkan beberapa seksyen baharu dalam undang-undang berkaitan jenayah komersial.

Pengarahnya, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, undang-undang yang relevan merupakan antara elemen penting dalam pembanterasan jenayah.

Menurutnya, JSJK sebelum ini berjaya melakukan pindaan terhadap Kanun Keseksaan dengan memasukkan peruntukan Seksyen 424A, 424B, 424C dan 424D (bagi mengatasi isu keldai akaun) dan Kanun Tatacara Jenayah dengan memasukkan peruntukan Seksyen 116D (bagi memberikan kuasa kepada pegawai polis untuk menyekat urusan transaksi kewangan).

“Terkini, usaha sedang dilakukan untuk mewujudkan peruntukan undang-undang bagi beberapa kesalahan seperti merekrut orang menjadi pemegang keldai akaun.

“Selain itu, menyubahati kesalahan jenayah melibatkan premis termasuklah menyewa atau membenarkan premis milik mereka digunakan untuk tujuan jenayah dan pelucuthakan harta yang disita di bawah Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ di sini, hari ini.

Ramli berkata, peruntukan baharu ini berupaya untuk mengekang perlakuan jenayah secara lebih berkesan selain mewujudkan kesedaran kepada masyarakat supaya tidak terbabit dalam sebarang aktiviti jenayah komersil.

“Mendepani peningkatan kes komersil, JSJK komited untuk terus melipatgandakan usaha pembanterasan dan memperkasakan tindakan penguatkuasaan melalui siasatan yang lebih berkualiti.

“Pada masa yang sama, penglibatan secara aktif setiap lapisan masyarakat amat penting bagi memastikan mesej-mesej pencegahan serta informasi jenayah komersil dapat sentiasa disebarkan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI