fbpx

Bersatu perjuang hak rakyat tanpa mengira latar belakang – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin menyampaikan ucapan pada majlis iftar bersama pengamal media di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan parti pimpinannya memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira latar belakang individu.

Menurut beliau, kewujudan Sayap Bersekutu Bersatu sejak beberapa tahun lalu membuktikan parti tersebur membuka peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat.

“Dengan membuka peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat, Bersatu berharap dapat lebih memahami isu-isu yang dihadapi rakyat serta memperjuangkan kepentingan mereka secara lebih efektif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Presiden dan Pengasas Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin Bersama Pengamal Media di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya, di sini hari ini.

Menurut Muhyiddin, Bersatu mengorak langkah baharu dengan membuka ruang kepada bukan Melayu untuk memperkukuhkan kedudukan parti dalam landskap politik negara yang berbilang kaum.

Katanya, penubuhan Sayap Bersekutu Bersatu bertujuan untuk menarik lebih ramai penyokong dan memperkukuh struktur parti dalam menghadapi cabaran politik semasa.

“Kesungguhan parti untuk menjadi lebih inklusif membuka ruang kepada lebih banyak penyertaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI