BEIJING – Seorang warga emas berusia 103 tahun di China meninggal dunia selepas menunggu kepulangan suaminya selama lebih lapan dekad, lapor portal berita South China Morning Post semalam.
Du Huzhen menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di wilayah Guizhou, barat daya China pada 8 Mac lalu.
Menurut keluarganya, Huzhen sempat memegang sarung bantal lama yang digunakan ketika dia berkahwin pada tahun 1940 sebelum meninggal dunia.
Huzhen tinggal bersama suaminya, Huang Junfu ketika lelaki itu berkhidmat dengan angkatan tentera pada 1943.
Dia pulang ke rumah pada Januari 1944 selepas Huzhen melahirkan anak pertama mereka yang bernama Huang Fachang.
Junfu bagaimanapun tidak pernah kembali selepas berkhidmat di kem tentera. Dia bagaimanapun pernah menghantar surat terakhir yang ditulis pada 15 Januari 1952.
“Demi pendidikan Fachang, kamu harus pastikan dia mementingkan pelajaran tidak kira betapa miskinnya kita. Kita pasti akan bertemu semula,” tulis Junfu dalam surat itu.
Kertas yang digunakan Junfu menunjukkan dia bekerja di sebuah syarikat pembinaan China di Malaysia.
Huzhen turut menolak lamaran untuk berkahwin lagi kerana percaya suaminya akan kembali. – AGENSI