fbpx

2 angkasawan terkandas selamat tiba di Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapsul Dragon mendarat di luar pantai Tallahassee, Florida semalam. - AFP

TALLAHASSEE, FLORIDA – Dua angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) selamat tiba di Bumi selepas terkandas di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selama sembilan bulan, lapor portal berita Mail Online. 

Sunita Williams dan Butch Willmore mendarat sekitar pukul 5.57 petang (waktu tempatan) di luar pesisir Tallahasse, negeri Florida. 

Mereka pulang bersama rakan sepasukan daripada misi Crew-9 iaitu Nick Hague dan angkasawan Russia, Aleksandr Gorbunov. 

Sejurus mendarat, sebuah kapal mengangkat kapsul mereka keluar dari air. Mereka kemudian diterbangkan ke pusat penempatan kru di Pusat Angkasa Johnson, Houston untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. 

Williams dan Wilmore sempat melemparkan senyuman dan melambai ke arah kamera ketika dibawa pergi. 

Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan, mereka dibenarkan pulang kepada keluarga masing-masing yang telah menantikan kepulangan angkasawan-angkasawan tersebut selama 286 hari.

“Kami sangat teruja dengan kepulangan Williams, Wilmore, Hague dan Gorbunov selepas berbulan-bulan menjalankan misi sains, demonstrasi teknologi dan penyelenggaraan penting di ISS,” kata pemangku Pentadbir NASA, Janet Petro dalam satu kenyataan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI