KULAI – Seramai 12 penduduk yang tinggal di Estet Senai di sini terpaksa dipindahkan apabila tiga kediaman ditenggelami banjir dalam kejadian hujan lebat di sini sejak tengah hari ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Johor, kesemua mangsa banjir itu terdiri daripada tiga buah keluarga.
Menurutnya, mereka dipindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Senai di sini malam ini.

“12 mangsa banjir yang dipindahkan terdiri daripada tiga lelaki dan wanita dewasa, masing-masing satu kanak-kanak lelaki serta perempuan, dua warga emas dan satu bayi lelaki,”katanya dalan satu kenyataan di sini hari ini.
Sementera itu, menerusi ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan hujan berterusan akan melanda negeri Johor sehingga Jumaat ini. – KOSMO! ONLINE