PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mendapati juadah tau fu faa yang dibeli untuk berbuka puasa di sebuah bazar Ramadan baru-baru ini telah basi.
Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok @Jiatulips, wanita itu terkilan kerana dia telah mengeluarkan wang untuk menikmati juadah tersebut, namun akhirnya hampa apabila makanan tersebut terpaksa.
Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen meluahkan rasa marah, malah turut berkongsi pengalaman sama membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan.
“Sebagai peminat tau fu faa, saya marah,” kata @Rr4zyya.
“Saya penjual tau fu faa. Teruk sangat rupa (tekstur) tu kak,” kata @Dyaxz.co.
“Risau pulak tengok…kita dah la peminat tau fu faa,” @Mamatwokidz.
Setakat ini, video tersebut menerima 1.1 juta tontonan, 1,720 komen dan 16,900 perkongsian. – KOSMO! ONLINE
@jiatulips kang aku post gambar kedai kau kak, aku macam kacau periuk nasi kau pula hmm serba salah aku kak 😭😭😭 #bazaarramadhan #fyp ♬ Anxiety – Doechii