fbpx

Sudahlah lawan arus, pandu di lorong paling kanan pula’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kamera papan pemuka menunjukkan kenderaan yang dipandu melawan arus di Lebuh Raya Duta - Ulu Kelang.

PETALING JAYA – Satu rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) tular memaparkan sebuah kenderaan dipandu secara melawan arus di Lebuh Raya Duta – Ulu Kelang (DUKE) di sini malam tadi.

Rakaman video berdurasi 16 saat itu dilaporkan berlaku menyaksikan kejadian itu di Kilometer 4.8km dari Jalan Duta menghala ke Ampang sebelum susur ke Gombak.

Menerusi rakaman itu, jalan yang pada awalnya terlihat lengang dikejutkan dengan kehadiran kenderaan tersebut.

Menjengah ruangan komen, rata-rata orang ramai turut menyampaikan rasa bimbang akan keselamatan pengguna jalan raya yang lain akibat tindakan pemandu melawan arus tersebut.

“Cukup membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain, pandu di lorong paling kanan melawan arus!” komen @ZaidiJuara.

“Betul-betul banyak orang kurang siuman atas jalan raya sekarang,” balas @Fathulislam

“Sudah la melawan arus, laju dan lampu tak pasang pula tu. Kalau bertembung memang naya, kena pulak dengan motor, betul-betul dahsyat,” kata @MarzNoor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI