fbpx

Salam Perantauan 18 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAMI para pekerja minyak dan gas di Juba, Sudan Selatan ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada keluarga tercinta, sanak saudara serta sahabat handai yang mengenali kami.

Jauh di perantauan, hati tetap rindu pada senyuman dan kemeriahan Syawal di tanah air. Maafkan segala kekhilafan, tutur kata yang mungkin mengguris hati dan perbuatan yang tidak disengajakan.

Semoga Syawal ini membawa keberkatan buat kita semua dan insya-Allah, semoga ada rezeki serta kesempatan untuk kita berkumpul dan meraikan lebaran bersama di tanah air tercinta pada masa akan datang.

Daripada: Shahidan, Wafi, Salami, Nik Khairul, Imamal, Hazwan, Hanif, Shamsul, Zaim, Hamzah, Hazwan, Ikhwan.
Lokasi: Juba, Sudan Selatan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI