fbpx

Pemilihan PKR 2025 catat penyertaan luar biasa – Dr. Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 mencatat penyertaan luar biasa dengan lebih 17,500 pencalonan diterima daripada 222 Cabang di seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, kejayaan ini mencerminkan komitmen tinggi anggota parti dalam memperkukuh proses demokrasi dalaman yang matang dan inklusif.

“Penutupan proses penamaan calon pada 16 Mac (Ahad lalu) menandakan satu lagi dalam perjalanan pemilihan.

“Kini, pemilihan memasuki fasa seterusnya, iaitu proses bantahan terhadap calon-calon, yang akan berlangsung mulai 18 Mac (hari ini) (12.00 tengah hari) hingga 20 Mac (Khamis) (11.59 malam),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, selepas tempoh bantahan, proses rayuan akan dibuka dari 24 hingga 25 Mac ini bagi memastikan ketelusan dan keadilan kepada semua calon yang bertanding.

“Bagi calon yang memilih untuk menarik diri atau membatalkan pencalonan, mereka diberi ruang untuk berbuat demikian sebelum 20 Mac ini (Khamis).

“Selepas melalui semua proses ini, senarai muktamad pencalonan bagi Cabang, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang dan Wanita Cabang akan diumumkan pada 28 Mac ini,” jelasnya.

Ujarnya, JPP turut mengingatkan semua calon dan penyokong agar terus mematuhi tatacara pemilihan bagi memastikan proses berjalan dengan lancar, telus dan harmoni.

Sebarang maklumat rasmi berkaitan Pemilihan PKR 2025 boleh diperoleh melalui laman web pemilihan.keadilanrakyat.org atau media sosial rasmi pemilihan parti itu di Facebook dan TikTok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI