fbpx

Operasi khas Ramadan tangkap 11 pasangan berkhalwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa membuat serbuan dari bilik ke bilik. - Istimewa

JAKARTA – Seramai 11 pasangan bukan suami isteri ditangkap berkhalwat dalam serbuan di berbilang tempat penginapan di Pekanbaru, wilayah Riau semalam, lapor laman berita Suara.

Serbuan khas itu dilakukan sempena bulan Ramadan dalam usaha pihak berkuasa untuk mengekang aktiviti tidak bermoral sepanjang bulan puasa.

Menurut polis Pekanbaru, kesemua pasangan ditangkap di lokasi seperti Wisma 115 dan Wisma Singgah di Jalan Riau Ujung serta Hotel Sogo, Jalan Soekarno-Hatta.

“Kami menahan mereka dan merekodkan data mereka agar tidak mengulangi perbuatan serupa,” kata Ketua Polis PP Pekanbaru, Zulfahmi Adrian.

Tambah Zulfahmi, operasi itu dibuat untuk memelihara kesucian bulan Ramadan dan bagi memastikan orang ramai mengikuti garis panduan aktiviti sepanjang bulan puasa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI