fbpx

Masjid tempat imarah aktiviti ilmiah bukan sebar kebencian – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir pada Majlis Perasmian Masjid Jamek Perai di Bukit Mertajam, petang tadi.

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru masyarakat agar mengimarahkan masjid dengan membangunkan pelbagai aktiviti ilmiah terutama untuk golongan wanita dan anak-anak muda.

Beliau berkata, masjid merupakan institusi penting dalam aspek pembangunan dan pemberdayaan umat melalui penganjuran kelas-kelas agama serta pengajian al-Quran.

Menurutnya, umat Islam juga diingatkan supaya tidak menjadikan masjid sebagai wahana menyebar kebencian dan menanam bibit prasangka.

“Imarahkanlah masjid dengan mewujudkan kelas pengajian, ada ruang untuk wanita dan anak-anak muda. Bagi pilihan apa yang dia minat untuk dapat meningkatkan ilmu. Buatlah sebanyak mungkin untuk tarik minat mereka.

“Jangan gunakan Islam itu hanya untuk porak-peranda, menyerang. Bagi dia kefahaman. Apapun sebelum buat keputusan kena ada kefahaman.

“Nak berbeza pendapat boleh tak perlu cerca dan maki hamun serta tak perlu untuk menidakkan orang. Kena ada perbezaan pendapat tapi tidak cepat menghukum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Masjid Jamek Perai, Bukit Mertajam di sini, petang tadi.

Pada majlis tersebut, Anwar bersetuju untuk memberikan sumbangan RM100,000 kepada pihak masjid berkenaan untuk digunakan sebagai pusat aktiviti keagamaan dan pembangunan insaniah anak-anak kariah di kawasan itu.

Untuk rekod, Masjid Jamek Perai dibangunkan penduduk kawasan berkenaan pada tahun 1979 dan telah dibaik pulih sepenuhnya pada 29 Mac 2021 bagi menggantikan bangunan lama dengan kos perbelanjaan sebanyak RM5.5 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI