fbpx

Liga Super: MFL terbuka jemput kelab luar negara musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Brunei DPMM menjadi pasukan luar negara yang dikaitkan untuk bersaing dalam saingan Liga Super musim depan. - Foto ihsan DPMM FC

PEMANGKU Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd mengakui pihaknya terbuka untuk menjemput kelab luar negara bertanding dalam saingan Liga Super musim 2025/2026 nanti.

Namun, Mohd Shazli menjelaskan proses yang rumit mungkin menyukarkan situasi itu untuk direalisasikan selepas terdapat spekulasi bahawa kelab Brunei DPMM berminat untuk kembali ke kancah Liga Super sekali gus melengkapkan angka 14 pasukan yang bertanding bagi kempen musim depan.

Mohd Shazli berkata, MFL tidak mempunyai masalah untuk menerima kelab luar negara tetapi kelulusannya perlu melalui proses yang rumit dan segala pengesahan hanya dimaklumkan pada masa terdekat.

“Sudah tentu kami terbuka, tetapi kami perlu mengambil kira juga bila liga akan bermula dan bila liga di negara berkenaan berakhir.

“Kami tidak ada masalah selagi mendapat sokongan daripada FAM diikuti kelulusan AFC dan seterusnya dibawa ke FIFA,” katanya ketika ditemui.

Mohd Shazli ditemui media pada majlis berbuka puasa MFL di Petaling Jaya malam tadi.

Brunei DPMM ketika ini masih beraksi dalam saingan Liga Premier Singapura (SPL) dan pernah bersaing dalam Liga Super pada musim 2005-06 dan berjaya menamatkan saingan dikedudukan tangga ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI