fbpx

[KEMASKINI] Lori pasir langgar lori span punca dua beranak rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan yang membabitkan dua buah lori di Kilometer (KM) 331.8 arah Utara Lebuh Raya Utara-Selatan, Tapah pada pukul 7.46 pagi tadi.

TAPAH – Dua beranak rentung dalam nahas membabitkan dua lori di Kilometer 331.8 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah di sini pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superintendan Mohd. Fadzil Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan maut itu pada pukul 8.02 pagi.

“Siasatan awal mendapati lori membawa muatan pasir telah melanggar bahagian belakang sebuah lori kontena muatan span.

“Lori membawa span itu telah berhenti dilorong kecemasan susur masuk (R&R) Tapah,” katanya di sini hari ini.

Keadaan dua mangsa yang rentung dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Kilometer (KM) 331.8 arah Utara Lebuh Raya Utara-Selatan, Tapah pada pukul 7.46 pagi tadi.

Katanya, pemandu lori lelaki berusia 45 tahun dan kelindan iaitu seorang lelaki berusia 23 tahun tersebut telah maut di lokasi kejadian.

“Pemandu lori span iaitu lelaki berusia 43 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI