fbpx

KDN rampas 2,012 alat mainan seks RM37,554

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penguatkuasa KDN melakukan pemeriksaan rampasan alat mainan seks dalam serbuan ke atas sebuah gudang di Taman Perindustrian Kota Puteri, Masai, Pasir Gudang, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) berjaya membongkar kegiatan sindiket menjual alat mainan seks dalam talian apabila menyerbu sebuah kilang di Taman Perindustrian Kota Puteri, Masai, Pasir Gudang di sini, 29 Januari lalu.

Pengarah KDN Johor, Mohd. Nashuddin Daun berkata, operasi khas yang bermula pukul 2.30 petang dijalankan bersama sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam.

Menurutnya, sejumlah 2,012 pelbagai jenis alat mainan seks dirampas bernilai RM37,554 dalam serbuan terbabit.

“Kejayaan itu adalah hasil maklumat dan risikan Smart Enforcement terdapat aktiviti penyimpanan dan penjualan alat mainan seks dalam talian.

“Setelah mendapat maklumat tepat, pasukan melakukan serbuan ke atas sebuah gudang Taman Perindustrian Kota Puteri, Masai, Pasir Gudang,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd. Nashuddin berkata, modus operandi sindiket menggunakan tawaran atau iklan alat mainan seks secara dalam talian dengan harga serendah RM8 seunit sehingga RM22.

Jelasnya, mereka akan menggunakan khidmat syarikat penghantaran untuk mengedarkan tempahan yang dibeli pelanggan mereka.

Tambah beliau, kesemua alat mainan seks itu disita untuk disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Pertuduhan dibawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan.

Jelasnya, susulan itu pada 13 Mac lalu, pemilik premis telah dikenakan denda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Majistret Nur Fatin Mohammad Farid turut mengarahkan Orang Kena Saman (OKS) dipenjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Kes pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa KDN, Mat Lazim Yaacob. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI