fbpx

Jalan Gua Musang-Lojing dibuka sebelum Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (kanan) semasa melawat Projek Menaik Taraf Fasiliti Pembiakan Spesies Mangsa untuk Harimau Malaya di PKHL, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH/ KOSMO!

GUA MUSANG – Laluan di Kilometer 78, Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke di sini yang sebelum ini ditutup akibat tiga kejadian lubang benam akan dibuka satu lorong kepada kenderaan ringan sebelum 28 Mac ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, laluan terbabit sedang dibaiki dan kemajuannya sudah mencapai 50 peratus.

Katanya, kos pembaikan untuk lubang benam dan kesan kejadian banjir lumpur yang berlaku di laluan itu dianggarkan berjumlah RM2 juta.

“Syarikat konsesi sedang membina pembetung di kawasan terbabit. Kita jangkakan satu lorong akan dibuka sebelum Hari Raya Aidilfitri ini bagi kemudahan perantau untuk pulang berhari raya.

“Bagaimanapun, semua kenderaan tidak dibenarkan melalui jalan terbabit sebelum 28 Mac ini sehingga dimaklumkan semula oleh pihak Jabatan Kerja Raya selepas ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau Projek Menaik Taraf Fasiliti Pembiakan Spesies Mangsa untuk Harimau Malaya di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) di sini hari ini.

Ahmad memberitahu, buat masa ini, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Gua Musang-Sungai Koyan-Ringlet-Tapah-Ipoh- Cameron Highlands.

Menurutnya, hanya kenderaan ringan seperti kereta dan motosikal untuk melalui laluan tersebut sementara pembaikian jalan siap sepenuhnya.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, kejadian lubang benam ketiga dikesan berlaku di Kilometer 78 Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke di sini awal pagi pada 15 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI