fbpx

EPL: Arsenal terus kuasai ‘derbi London’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MERINO menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi tandukan pada minit ke-20 untuk menewaskan Chelsea malam kelmarin. - AFC PICS

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta dapat menarik nafas lega selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Chelsea dalam pertembungan derbi London pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates malam kelmarin.

Gol tunggal perlawanan menerusi penyerang bidan terjun, Mikel Merino pada minit ke-20 sudah cukup buat The Gunners untuk mengutip tiga mata berharga bagi terus merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga, Liverpool.

Arteta berkata, kemenangan itu cukup penting bagi mengekalkan semangat juang anak-anak buahnya memandangkan saingan liga akan berehat seketika bagi memberi laluan kepada aksi antarabangsa.

“Sepatutnya kami perlu menampilkan aksi lebih baik berbanding apa yang ditampilkan hari ini (kelmarin) tetapi ini pun sudah mencukupi kerana aksi menentang Chelsea merupakan satu perlawanan penting.

“Kami berdepan salah satu pasukan terbaik tetapi kami berjaya menunjukkan semangat juang cukup tinggi. Sekarang kami boleh mengharungi aksi antarabangsa dengan tenang menerusi kemenangan ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji Merino yang menjalankan tugas cukup baik bagi mengetuai jentera serangan memandangkan penyerang-penyerang utama The Gunners masih dibelenggu kecederaan.

“Kami kehilangan ramai pemain untuk tempoh beberapa bulan tetapi pasukan menunjukkan kemahuan cukup tinggi. Mikel (Merino) tidak pernah beraksi di posisi itu tetapi dia melakukan tugas cukup baik,” ujar Arteta.

Kemenangan itu menyaksikan Arsenal masih belum tewas daripada lapan pertemuan terakhir menentang Chelsea dalam tempoh empat tahun sejak kali terakhir kalah kepada lawan tersebut dengan keputusan 0-2 pada 22 Ogos 2021. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI