fbpx

Dua beradik hilang dihanyut arus sungai Batang Mukah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi pencarian dilakukan di kawasan dua beradik yang dikhuatiri lemas ketika mandi di tepi sungai Batang Mukah.

MUKAH – Dua beradik dikhuatiri lemas selepas hilang ketika mandi di tepi sungai Batang Mukah, berhampiran Kampung Bedanga di sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 7 dan 10 tahun itu dihanyutkan arus sungai kira-kira pukul 3.50 petang.

“Ketika mandi di tepi sungai Batang Mukah, secara tiba-tiba mereka tengelam dibawa arus kerana tidak pandai berenang.

“Ibu mangsa cuba menyelamatkan dua beradik tersebut, namun gagal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Mukah dikerahkan ke lokasi sejurus selepas menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada pukul 4.23 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI