fbpx

Dibenar rayu, anggota JPJ terselamat beraya di tirai besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi pegawai SPRM ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/KOSMO!

MELAKA – Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ‘terselamat’ daripada menyambut Aidilfitri di tirai besi selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan penangguhan hukuman penjara setahun dan denda berjumlah RM80,000.

Terdahulu, Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu terhadap Che Fadzlie Izwan Che Johari, 38, kerana memberi suapan sebagai upah untuk tidak mengambil tindakan ke atas pengusaha lori yang membawa lebih muatan, enam tahun lalu.

Katanya, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan dan tidak dapat mematahkan anggapan di bawah Seksyen 50 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Berdasarkan lapan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memberikan rasuah berjumlah RM4,250 kepada anggota JPJ lain sebagai upah untuk tidak mengambil tindakan terhadap pengusaha lori yang melakukan kesalahan lori melebihi muatan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di tiga lokasi berbeza di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Katil dalam daerah Melaka Tengah antara 1 Januari 2019 dan 31 Disember 2020.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman satu tahun penjara dan denda RM10,000 atau tiga bulan penjara jika gagal bayar bagi setiap pertuduhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI