fbpx

APAD siasat kenaikan tambang bas, permit boleh ditarik balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan rungutan orang ramai mengenai kadar kenaikan tambang bas ke destinasi Pantai Timur dua kali ganda, iaitu 100 peratus mencecah hampir RM120 berbanding sebelum musim perayaan.

JERANTUT – Kementerian Pengangkutan meminta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menyiasat syarikat bas yang mengenakan tambang berganda bagi perjalanan orang ramai mula pulang bercuti menyambut Hari Raya Aidilfitri penghujung bulan ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kementerian itu sudah berkali-kali memberi peringatan kepada pengusaha supaya tidak menaikkan harga tambang pada musim perayaan dan hari biasa sehingga menyusahkan orang ramai pulang ke kampung.

“Di bawah peraturan semasa, terdapat dua jenis kategori perkhidmatan bas ekspres, iaitu jenis kategori ekonomi dan kategori eksekutif di mana kadar tambang bagi kategori ekonomi dikawal selia dan ditetapkan oleh pihak kerajaan, manakala kadar tambang eksekutif adalah berdasarkan penawaran dan permintaan.

“Kementerian ini menerusi APAD ingin mengingatkan kepada orang ramai untuk membuat pilihan yang bijak semasa membeli tiket bas kerana harga tiket adalah berbeza mengikut jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang,”katanya selepas program pertukaran topi keledar dengan penduduk di sini hari ini.

Hari ini Kosmo! melaporkan rungutan orang ramai mengenai kadar kenaikan tambang bas ke destinasi Pantai Timur dua kali ganda, iaitu 100 peratus mencecah hampir RM120 berbanding sebelum musim perayaan cuma RM40 sahaja.

Menurut Anthony Loke, kementeriannya juga ada menerima aduan mengenai kenaikan tambang daripada orang ramai dan segera mengarahkan APAD turun menyisat syarikat bas berkenaan hari ini untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Saya masih belum menerima laporan APAD sama ada kenaikan tambang itu membabitkan bas ekonomi atau bas eksekutif. Sekiranya siasatan mendapat bas ekonomi menaikkan tambang, permit pengendalian pengangkutan syarikat bas berkenaan akan ditarik balik.

“Begitu juga bas eksekutif pun kita akan lihat. Kalau dia (syarikat) naik agak keterlaluan, kita akan ambil tindakan. Jadi perkara ini saya akan rujuk kepada pihak APAD terlebih dahulu,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI