fbpx

15 ‘pemain’ kriket Bangladesh cuba masuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
15 warga Bangladesh cuba memasuki negara dengan menyamar sebagai pemain kriket.

PETALING JAYA – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menggagalkan cubaan masuk 15 lelaki warga Bangladesh yang menyamar sebagai pasukan kriket di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

AKPS dalam satu kenyataan berkata, kumpulan itu cuba mengaburi mata pegawai AKPS dengan berpakaian seragam sukan kriket dan mengemukakan surat penganjuran kejohanan.

“Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati mendapati surat yang kononnya dikeluarkan oleh Persatuan Kriket Pulau Pinang adalah palsu.

“Tiada sebarang kejohanan kriket dijadualkan berlangsung dari 21 Mac hingga 23 Mac 2025 seperti tercatat,” katanya di sini hari ini.

Katanya, lebih mencurigakan lagi, mereka cuba mendapatkan seorang penaja sebagai penjamin.

“Namun, ‘penjamin’ yang hadir mengaku tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kejohanan kriket tersebut dan hanya hadir sebagai wakil syarikat.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tiada bukti kukuh mereka adalah pemain kriket.

Berkemungkinan mereka adalah sebahagian dari sindiket yang cuba menyamar sebagai pemain kriket untuk memasuki Malaysia atas tujuan lain,” katanya.

Katanya, pihak AKPS telah memutuskan agar kumpulan ini tidak dibenarkan mendarat (NTL) dan tindakan lanjut akan diambil mengikut peraturan imigresen yang berkuatkuasa.

“Pihak AKPS memberi amaran, tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu atau sindiket yang cuba menyalahgunakan visa sukan untuk tujuan berbeza seperti bekerja secara tidak sah atau pemerdagangan manusia.

“Ini bagi memastikan keselamatan dan integriti sistem imigresen negara terus terpelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI