fbpx

[VIDEO] Sudah ada tanda besar, tetap mahu buang sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki membaling sampah di bahu jalan dalam kejadian di daerah Bachok, Kelantan.

PETALING JAYA – Perbuatan seorang lelaki membuang sampah di tempat larangan mengundang kemarahan ramai di daerah Bachok, Kelantan semalam.

Menerusi hantaran di aplikasi TikTok oleh @MajlisdaerahBachok, tindakan lelaki itu memberhentikan kenderaanya di bahu jalan dan membaling dua plastik sampah walhal papan tanda larangan membuang sampah telah diletakkan disitu serta kompaun sebanyak RM2000 telah dinyatakan oleh Majlis Daerah Bachok (MDB).

Menjengah ruangan komen, rata-rata orang ramai merasakan tindakan lelaki tersebut tidak senang bagi mereka dan patut diberikan kompaun atau saman kedua-duanya terhadap kelakuannya membuang sampah di merata tempat.

“Saman sahaja, biar jadi pengajaran kepada orang lain,” komen @IbnuRusianAlKelantani.

“Saya pelik kepada orang yang sokong tindakan lelaki itu dan ada yang setengah lahirkan rasa marah kepada pihak yang memberi saman.. Kalau nak elak kena sama, jangan lah buang sampah merata,” komen @Xaim.

“Baik saman sahaja lelaki itu, sign board besar sudah ada disitu, kawasan larangan buang sampah.. sampai bila negeri kita nak bersih kalau macam ini,” balas @Worriessome. – KOSMO! ONLINE

@mdbbpiSAMAN 2K OTW KERUMAH ANDA

♬ Shadows of Suspense – Adauto Assis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI