PETALING JAYA – Bahang kemeriahan Hari Raya Aidilfitri semakin dirasai apabila kebanyakan bazar di ibu negara sesak teruk dipenuhi dengan pengunjung.
Seperti kelaziman, bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur menjadi antara lokasi tumpuan orang ramai untuk ‘mencuci’ mata dan poket.
Menerusi perkongsian video pengguna media sosial @apixxh_ malam tadi, jelas memaparkan lokasi tersebut sesak dengan kenderaan yang kelihatan hampir tidak bergerak.
“Dari Chow Kit ke Jalan TAR dah mula sesak malam ni, ‘kaw-kaw’. Fikir dulu sebelum masuk,” katanya menerusi ruangan kapsyen.
Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai termasuk ada yang teruja untuk merasai sendiri suasana di lokasi berkenaan.
“Geng baik tidur kumpul sini,” ujar @wadaaamzzz.
“Bagi tip nak parkir dekat mana. Saya dah 12 tahun tak bawa keluarga datang sini,” komen @Shahzreen.
“Tak sia-sia laki aku beli motosikal terpakai semata-mata bulan puasa,” kongsi @Yvniahmd.
“Dah terjebak malam tadi. Nak keluar parkir sadai (tersangkut) satu jam lebih,” luah @💞az_zie177.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, ramai pengunjung mengakui mereka mengunjungi Bazar Aidilfitri Jalan TAR sekadar untuk mencuci mata sementara menunggu waktu berbuka atau meluangkan masa selepas solat tarawih.
Rata-rata pengunjung berpendapat, mereka memilih untuk membeli pakaian dan kelengkapan raya secara dalam talian disebabkan harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding di kedai. – KOSMO! ONLINE
@apiehmatzinpikir dulu sebelum masuk..♬ selamat berhari – yayashiyo