fbpx

[VIDEO] ‘Kalaulah surat beranak boleh letak nama dua ibu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular memaparkan keakraban hubungan Adam dan Amma walaupun berbeza bangsa dan agama.

PETALING JAYA – Tersentuh hati orang ramai apabila melihat kasih sayang erat antara seorang kanak-kanak Melayu dijaga pengasuhnya yang berbangsa India.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @shidaabdul_, kanak-kanak yang dikenali sebagai Adam itu kelihatan tidak mahu berengang dengan pengasuhnya yang dipanggil ‘Amma’.

Malah, di dalam video lain, Adam kelihatan teruja berlari memeluk ‘Amma’ dan ingin pulang ke rumah pengasuhnya itu walaupun ibu bapa kandungnya ada di kawasan yang sama.

Menurut ibunya, Adam yang kini berusia dua tahun telah diasuh Amma sejak usianya tiga bulan lagi sehingga sekarang mahir berkomunikasi dalam Bahasa Tamil.

“Ini kisah Adam dan Amma. Kasih sayang yang tidak mengenal bangsa dan agama. Adam ada dua orang mak dan dua orang ayah.

“Mommy kongsi Adam dengan Amma sebab Amma Appa sayang Adam dari bayi lagi, awal lagi sejak hantar sebagai anak asuhan. Amma nak sangat ‘baby boy’ sampai kata ‘dia lah satu-satu anak lelaki saya akak’,” tulis ibu Adam di dalam video.

Sehingga kini videonya telah mendapat lebih 3.1 juta tontonan, 194,700 tanda suka dan 5,663 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang tersentuh melihat keakraban antara Adam dan Amma serta mendoakan agar Malaysia terus harmoni walaupun berbilang bangsa.

“Kadang kan, orang bangsa lain mengasuh anak bangsa lain lagi elok dan buat macam anak dan cucu mereka sendiri,” komen Anna.

“Adik tu sampai rela tanpa kena paksa untuk duduk dengan pengasuh dia. Bermaksud pengasuh ni terbaik jaga adik ni,” komen Nur Umairah.

“Baik Melayu ke Cina ke India, kita kekalkan keharmonian macam ni sampai bila-bila. Letak tepi gaduh-gaduh ni,” komen Velu. – KOSMO! ONLINE

@shidaabdul_Ini Kisah Adam & Amma ❤️ Kasih Sayang Tidak Mengenal Bangsa Dan Agama. *mmy taksuka betullah edit sambil menangis!😭*

♬ Kenangan yang tersimpan – Asyari irfan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI