PETALING JAYA – Tindakan seorang kanak-kanak lelaki yang mencalarkan sepasang kasut kulit di sebuah premis mengundang kemarahan ramai.
Menerusi perkongsian sebuah video televisyen litar tertutup (CCTV) itu memperlihatkan seorang kanak-kanak mencalarkan sepasang kasut di sebuah butik berjenama dipercayai di Pulau Pinang.
Menerusi video tersebut, pekerja butik itu dikenali @Syuhad4.j, berkata, perbuatan kanak-kanak itu telah menyusahkan pekerja apabila kasut itu terpaksa digilap semula untuk menghilangkan calar.
“Balik-balik pekerja juga salah sebab tidak pantau pelanggan,” tambahnya.
Sehingga kini video ini memperolehi sebanyak 916,700 ribu tontonan dan 11,000 tanda suka.
Menjengah ruangan komen, sesetengah orang ramai menganggap tindakan budak tersebut hanyalah tindakan biasa dan normal.
Rata-rata komen, menimbulkan rasa marah terhadap ibu bapa kerana tidak mempedulikan tingkah laku anaknya yang nakal.
“Kelakuan budak tu adalah cerminan orang tuanya,” komen @Syafiqmotor.
“Besar macam ni dah tau baik buruk…dapat kat aku…eee,” komen @ROLLJXD. – KOSMO! ONLINE
Watch on TikTok