PETALING JAYA – Seorang pemilik kenderaan berdepan dugaan bulan puasa apabila keretanya kemek akibat terkena troli yang jatuh kerana tidak diletakkan dengan baik oleh seorang lelaki.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh @Kieyyy31._, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki berkenaan meletakkan troli begitu sahaja tanpa memastikan ia stabil. Akibatnya, troli tersebut menggelongsor jatuh dan terkena sebuah kereta yang diparkir berhampiran.
Lebih mengecewakan, lelaki itu hanya mengangkat semula troli yang jatuh dan berlalu pergi bersama anaknya tanpa memeriksa keadaan kereta yang terkena impak tersebut.
“Sesiapa yang kenal lelaki dalam gambar itu, bagi tahu ye. Tak minta banyak pun, cuma tampilkan diri dan bertanggungjawab,” tulis pemilik akaun yang berkongsi CCTV kejadian itu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram terhadap tindakan pemuda tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab.
“Depan sikit tu je tempat khas untuk troli. Kalau semua bertimbang rasa letak di tempat sepatutnya, kejadian macam ni takkan berlaku,” kata Farah.
“Masalahnya, dengan selamba je macam tak bersalah langsung. Tak tengok pun keadaan kereta tu. Betulkan troli terus blah! Kalau kereta dia kena, agak-agak macam mana lah reaksi dia,” komen Ima Ramli.
“Saya memang geram betul kalau orang lepas guna troli tak reti letak tempat sepatutnya balik, memang aku geram sungguhlah!,” luah Athirah Jamaluddin. – KOSMO! ONLINE
@kieyyy31._ skian lama tak post.. hrini dia paksa jugak suruh post 😂 berat btol dugaan puasa hrini 💆♂️ x tau laa nk nngis ke nk ape skrg nii 🥴 bg sape² knl laki dlm gmba tu.. roger² yee 🤦♂️🙇🏻 location BIG 10 ioi segamat #fyppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal – BukanSesiapa – bukansesiapa201