fbpx

Suami isteri cedera langgar gajah melintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kenderaan yang dinaiki suami isteri yang terlibat dalam kemalangan melanggar gajah di Jalan Mawai, Kota Tinggi, semalam.

KOTA TINGGI – Sepasang suami isteri cedera ringan selepas kenderaan jenis Mitsubishi Xpander dinaiki remuk akibat melanggar gajah liar melintas jalan dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 malam di Jalan Mawai semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, selepas pelanggaran tersebut, gajah berkenaan lari masuk ke dalam hutan.

“Pemandu bersama isterinya hanya alami cedera ringan di bahagian dagu. Akibat kemalangan itu juga kereta telah alami kerosakan dan pemandu akan membuat laporan polis hari ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Aminuddin Jamin berkata, pihaknya masih belum menerima maklumat lengkap berkaitan kejadian itu.

Bagaimanapun, katanya, kira-kira dua minggu lalu berlaku kejadian seekor anak gajah terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan mengakibatkan gajah itu mati, manakala individu menaiki kereta tersebut selamat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI