NEW YORK – Satu panel juri di negeri California mengarahkan Starbucks membayar ganti rugi AS$50 juta (RM222 juta) kepada seorang pekerja penghantaran, lapor saluran berita CNN kelmarin.
Ganti rugi itu diberikan kerana pekerja terbabit, Michael Garcia melecur akibat minuman panas yang dipesan, tidak ditutup dengan sempurna sehingga tumpah pada ribanya.
Garcia mengambil minuman itu di lorong pandu lalu di Los Angeles. Dia melecur dan mengalami kerosakan saraf pada alat sulitnya, demikian menurut tuntutan difailkan di Mahkamah Tinggi California pada 2020.
Saman itu menuduh syarikat minuman kopi tersebut melanggar tanggungjawab untuk memastikan minuman diberikan kepada pelanggan ditutup dengan baik.
Peguam Garcia, Michael Parker berkata, anak guamnya sedang mengambil tiga minuman tetapi satu minuman panas itu tidak ditutup dengan betul.
Menurutnya, Garcia mengalami kesakitan fizikal, kesedihan mental, hilang keseronokan hidup, penghinaan, kesulitan, kesedihan, kecacatan fizikal, kebimbangan dan tekanan emosi kerana kejadian tersebut.
Starbucks bagaimanapun berkata, pihaknya akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.
“Kami tidak bersetuju dengan keputusan juri bahawa kami bersalah dalam insiden ini dan percaya ganti rugi yang diberikan adalah berlebihan,” kata seorang jurucakap Starbucks dalam satu kenyataan. – AGENSI
@whatssnewss A jury in California on Friday ordered Starbucks to pay $50 million in damages to a delivery driver. . He was severely burned by an improperly secured lid on hot beverages. . . #news #starbucks #usa #drivethru #coffee ♬ original sound – Tradesmen Territory