fbpx

Rugi RM2 juta terperdaya pelaburan saham di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang pesara swasta mengalami kerugian sebanyak RM2 juta selepas terperdaya dengan pelaburan saham kripto yang diiklankan menerusi laman sosial TikTok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor menerima laporan daripada wanita berusia 61 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati mangsa telah menyertai pelaburan saham kripto ‘silegx exhange’ di laman sosial TikTok.

“Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp yang ditadbir oleh individu dikenali sebagai Richard Ong.

“Bagi tujuan pelaburan, mangsa telah diminta membuat 30 transaksi bayaran melibatkan 15 akaun bank berbeza berjumlah RM2 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata, mangsa menyedari telah diperdaya apabila diminta membuat pelbagai bayaran tambahan bagi mengeluarkan keuntungan.

“Modus operandi yang digunakan sindiket adalah dengan memperdaya mangsa melalui iklan pelaburan di media sosial TikTok.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Justeru, katanya, masyarakat dinasihatkan sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan di platform media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI