fbpx

Khidmat mutawif lelaki tumbuk pelajar dihentikan serta merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khidmat mutawif lelaki terlibat insiden tumbuk pelajar di Saujana Impian, Kajang baru-baru ini dihentikan serta-merta.

PETALING JAYA – Khidmat mutawif lelaki yang terlibat dalam insiden menumbuk pelajar hingga cedera dalam satu kejadian di Saujana Impian, Kajang baru-baru ini dihentikan serta-merta.

Pihak Atlis Holidays Sdn Bhd dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya juga tidak pernah melantik pelaku tersebut sebagai Penasihat Syariah Syarikat seperti mana yang dipaparkan di butiran profil Facebook lelaki berkenaan.

“Untuk makluman, Pelaku tersebut hanya bertugas sebagai Mutawif secara freelance dengan syarikat kami.

“Pihak kami telah membuat laporan polis untuk melindungi perniagaan kami dan tindakan pelaku tersebut yang memuat naik butiran profil Facebook yang mengeliukan masyarakat umum,” katanya di sini hari ini.

Katanya, syarikat berkenaan membuat hebahan secara rasmi itu untuk menjelaskan bahawa pihak syarikat tidak mempunyai sebarang kaitan atau tanggungjawab atau liabiliti terhadap tindakan peribadi pelaku tersebut.

“Akhlak pelaku tidak mewakill keseluruhan syarikat. Tugas beliau sebagai Mutawif di berhentikan serta merta.

“Kami berharap penerangan yang diberikan ini dapat menjelaskan posisi syarikat kami dalam situasi yang sedang berlaku dan kami berharap isu yang sedang berlaku antara pelaku dan mangsa dapat diselesaikan dengan seadilnya oleh pihak berkuasa,” katanya.

Katanya, pihaknya juga menegaskan bahawa syarikat itu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat komen-komen atau hantaran- hantaran berbaur ancaman, ugutan dan fitnah yang dilemparkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI