fbpx

Keterangan Ismail Sabri, SPRM tumpu siasatan dokumen kelulusan, perolehan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi tumpuan terhadap dokumen mengenai kelulusan projek dan perolehan pada hari keempat pengambilan keterangan melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Difahamkan, tumpuan terhadap elemen itu dibuat selepas tiga hari pegawai penyiasat SPRM melakukan siasatan terhadap aset-aset yang diisytiharan oleh Ismail Sabri.

Menurut sumber, Ismail Sabri perlu memberi keterangan berhubung sejumlah aset yang diisytiharkannya, baru-baru ini.

Katanya, pengambilan keterangan terhadap Ismail Sabri juga berkemungkinan tidak akan berakhir pada hari ini.

“Pegawai penyiasat memerlukan keterangan beliau mengenai beberapa perkara termasuk kelulusan projek yang dilakukannya.

“Masih ada pelbagai dokumen yang sedang disiasat,” katanya hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada pukul 9 pagi untuk memberi keterangan sebelum keluar pada pukul 4.30 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI