fbpx

Kes dadah di Kelantan ketiga tertinggi selepas Selangor, Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Kelantan merekodkan jumlah kes penyalahgunaan dan penagih dadah ketiga tertinggi di negara ini dengan seramai 21,338 orang dicatatkan sepanjang tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Zamakhshari Muhamad berkata, berdasarkan rekod Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), jumlah keseluruhan penagih dadah di Kelantan itu dicatatkan selepas Selangor dan Johor.

Menurutnya, Selangor mencatat jumlah kes penyalahgunaan dan penagih dadah tertinggi pada tahun lalu dengan seramai 25,032 orang.

“Jumlah itu kemudian diikuti oleh Johor dengan 21,366 orang penagih dadah dikenal pasti sepanjang 2024. Jika dinilai dengan per 100,000 penduduk, Kelantan merekodkan jumlah tertinggi apabila bilangan berkenaan dibandingkan dengan anggaran 1.8 juta jumlah penduduk.

“Kedah mencatatkan kedudukan keempat melibatkan penagih dadah dengan 19,915 orang diikuti Perak (16,002), Pulau Pinang (14,452) dan Pahang (12,833),” katanya kepada pemberita selepas sesi libat urus Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Kelantan bersama lebih 30 jabatan kerajaan, individu dan NGO di Tunjong di sini semalam.

Mengulas lanjut, Zamakhshari yang juga yang juga Pengerusi Pemadam Kelantan memberitahu, kes-kes dadah di Kelantan berada pada tahap membimbangkan dan kerajaan negeri mahu cari langkah intervensi secara holistik terhadap perkara itu.

Menurutnya, langkah pencegahan yang mahu dibentuk hasil sesi libat urus berkenaan bukan sekadar membanteras penyalahgunaan dadah, tetapi memberi fokus kepada pemulihan penagih dan pencegahan awal. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI